n9kiniTV - Pancing Negeri Sembilan - Pancing Negeri ... - Memancing di Negeri Sembilan

softthedown | 13:42 | 0 comments

n9kiniTV - Pancing <b><b>Negeri Sembilan</b></b> - Pancing Negeri <b>...</b> - Memancing di Negeri Sembilan


n9kiniTV - Pancing <b><b>Negeri Sembilan</b></b> - Pancing Negeri <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2014 12:00 AM PDT

IMG_0301 

Kuala Sawah, 08 Jun – Negeri Sembilan memberi keutamaan kepada produk pelancongan bercirikan homestay dan eco-pelancongan seterusnya berbeza dengan produk pelancongan yang terdapat di negara ini.

Berbeza dengan negeri lain, Kerajaan Negeri sentiasa mensasarkan jumlah pelancong yang tinggi ke negeri ini melalui homestay dan eco-pelancongan.

Namun begitu, di samping produk pelancongan utama ianya juga perlu diperkukuhkan dengan produk sampingan yang mencerminkan identiti kawasan tersebut.

Jelas Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media di 

Majlis Moh Mancing anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan dan Koperasi Keluarga Hj Sulaiman Negeri Sembilan Berhad di Kampungstay Hj Sulaiman, Kuala Sawah, di sini hari ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur program yang berjaya menarik minat pemancing dari Perlis, Kedah, Pahang dan Selangor bagi menyertai pertandingan seumpama ini.

Malah berkeupayaan menyediakan hadiah berupa wang tunai, Johan; RM40,000, Naib Johan; RM11,000 dan tempat ketiga berjumlah RM5,000.

Penganjuran seumpama ini sekaligus memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan di kawasan Rantau yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau.

Temubual bersama Johan Moh Mancing, Encik Akhbar Salehuddin, 56, kakitangan UKM Bangi, peserta yang menjuarai pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000.

Beliau sama sekali tidak menyangka akan menjuarai pertandingan memancing di sini memandangkan setiap kali menyertai pertandingan di mana-mana sentiasa beroleh kedudukan saguhati.

Beliau yang berjaya mengumpan ikan patin seberat 6.9kg pada jam 11 pagi tadi, beranggapan ini rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Dato' Hj Abu Ubaidah Dato' Hj Redza, Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Hj Ibrahim Hj Abdullah dan Pengerusi Koperasi Keluarga Hj Sulaiman Negeri Sembilan Berhad, Encik Hanafi Hj Sulaiman.Sumber

UMNO Online - Pemuda Umno Buat Persediaan Awal Hadapi PRK <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2014 02:58 PM PDT

Ada dua perkara utama yang dititikberatkan oleh kaki pancing terutamanya mereka yang bergelar kaki pancing tegar iaitu alatan dan lubuk (lokasi pancing yang banyak ikan).

Kadang-kadang tentang hasil pancing tidak dihiraukan sangat biar pulang dengan tangan kosong janji puas boleh baling umpan dan pergi ke lubuk baru.

Bercerita mengenai lubuk, ia satu perkataan yang sensitif buat kaki pancing. Maklumlah lubuk dengan kaki pancing tidak dapat dipisahkan ibarat irama dengan lagu.

Terdapat pelbagai tempat yang diklasifikasikan sebagai lubuk oleh kaki pancing tidak kira sama ada di laut, sungai, kolam, pantai, paya dan laut.

Bermula dari utara tanah air hinggalah ke Sabah dan Sarawak, semuanya mempunyai lubuk pancing dan keistimewaan yang tersendiri.

Kita bermula dari negeri yang paling utara iaitu Perlis, kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing ialah sepanjang Sungai Korok.

Bagi mereka yang bergelar kaki pancing dan anak watan negeri tersebut pasti mempunyai pengalaman memancing di sungai tersebut yang mengandungi  ikan  jenis belida dan lampam.

Selain daripada itu antara lubuk  ikan  air tawar di negeri tersebut ialah empangan Timah Tasoh yang menjanjikan  ikan  tilapia kepada mereka yang menunggu dengan penuh kesabaran.

Seterusnya di persisiran pantai Kuala Perlis dan Sungai Baru, jika tiada aral melintang kaki pancing boleh menaikkan sembilang, gelama dan kerapu.

Seterusnya lubuk di negeri Kedah, bagi memancing tegar pasti pernah memancing di luar Pulau Langkawi antara perairan negara yang mempunyai banyak lubuk  ikan .

Selain di sekitar tukun yang terdapat di tengah laut, kaki pancing boleh mengadu kehebatan di beberapa pulau kecil yang dikelaskan sebagai lubuk ikan .

Antara spesies  ikan  yang bakal dinaikkan oleh kaki pancing ialah jenahak, belitung, kerapu, alu-alu dan kertang.

Manakala di Kedah, antara lubuk yang popular tentunya di Terusan Wan Mat Saman, Sungai Muda, Tasik Pedu dan Empangan Tanjung Chali dan Sungai Alor Mengkudu.

Jenis  ikan  yang terdapat di lubuk Jelapang Padi itu ialah jelawat, belida, lampam, toman, patin dan rohu.
Pulau Pinang pula terkenal dengan lubuk di Pulau Kendi, Tukun Karang Taiwan, Tukun Karang Jepun, Pulau Betung, Tanjung Mat Sari, Pasir Badak, Tanjung Gemuk dan Tanjung Gertak Sanggul.

Joran kaki pancing pasti dilarikan spesies kerapu, jenahak, senangin, siakap merah, gerut-gerut, pari, gelama papan, manakala ikan  pertengahan air termasuk tenggiri, alu-alu dan talang.

Lubuk di Perak pula banyak tertumpu di persekitaran Empangan Temenggor, iaitu Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh dan Tasik Kenering. Antara jenis  ikan  yang terdapat di situ ialah toman, temoleh, belida, kelah dan tilapia.

Jika ingin memancing  ikan  air masin pula lubuk yang terkenal tentunya di Pulau Sembilan, Pulau Pangkor, Pulau Jarak dan di muka Kuala Lumut yang menjanjikan syurga  ikan  kepada kaki pancing terutama  ikan  jenis kerapu, tambak, talang, gerpoh, ebek, cencaru dan kerisi.

Bagi warga kota pula yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor cukup sinonim dengan lubuk  ikan  di Pulau Angsa, Pulau Ketam, Pulau Indah, Pelabuhan Kelang dan Tanjung Harapan.

Lubuk-lubuk ini terkenal dengan  ikan  pari, sembilang, jenahak, siakap merah, gelama, daun baru dan telinga gajah.

Manakala di kawasan sungai pula ia agak kurang popular berikutan kolam  ikan berbayar yang banyak dibuka tetapi anda boleh mencuba memancing di Sungai Bernam, Sungai Selangor dan sekitar kawasan Kuala Selangor.

Jika anda ingin mencari lubuk udang galah bolehlah singgah di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan. Malah, negeri yang tersohor dengan adat perpatih itu juga terkenal dengan tempat memancing di sepanjang pantai Port Dickson dan perairan Selat Melaka dengan hasil jenahak, kerapu, gerut-gerut.

Johor juga cukup terkenal dengan lubuk  ikan  laut seperti di Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pisang. Hasilnya ialah ikan  berprofil tinggi seperti tenggiri, ebek, kerapu, aruan tasik, alu-alu dan pelbagai spesies  ikan  merah.

Di kawasan Sungai Redan, Ulu Tiram pula, kaki pancing berpotensi untuk membawa naik pari, kerapu, siakap, senangin, tebal pipi dan jenahak.  Ikan  ini juga banyak terdapat di lubuk lain seperti di Perigi Aceh, Tanjung Sedeli dan Tebing Runtuh.

Penggemar udang galah pula boleh menduga kepakaran mereka di Sungai Mawai manakala  ikan  sungai terbaik seperti kelah, kelisa, sebarau, kaloi, toman dan tapah boleh dipancing di sekitar Kuala Lemakoh dan Sungai Endau.

Bila sebut tentang Pahang pasti para kaki pancing terbayang pekan Rompin  yang terkenal dengan aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut.

Kalau di laut ia terkenal dengan  ikan   layaran  manakala kalau di sungai pula sudah tentu di Taman Negara, lubuk bagi  ikan  jenis kelah, patin, tapah, lampam dan sebarau.

Tempat lain yang dianggap lubuk bagi kaki pancing ialah di Nenasi, Merchong, Hulu  Rompin , Hulu Lemakoh, Lubuk Karang Do, Tasik Bera, Tasik Chini, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang.

Seterusnya di Terengganu, lubuk yang paling digemari tentunya di kawasan pulau yang indah dan air yang jernih seperti di luar Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Bidong, Pulau Merang, Pulau Yu, Pulau Tenggol.

 Ikan  yang bakal tersangkut di mata kail kaki pancing di situ ialah ikan  merah, gerpoh, alu-alu, mayong, belitung, kerapu merah, telinga gajah dan ibu kerisi.

Spesies  ikan  air tawar pula tentunya di lubuk seperti Tasik Kenyir, Sungai Terengganu, Sungai Cacing, Sungai Mangkok dan Sungai Penarik.

Tasik Kenyir terkenal dengan kelicikan toman bersama 39 spesies ikan  yang lain manakala di kawasan lain pula ada juga terdapat jenis  ikan  kelah, baung, sebarau dan patin.

Kaki pancing tegar pasti tidak ketinggalan untuk memancing di Kelantan berikutan beberapa tempat yang dianggap lubuk seperti di Tok Bali, Kuala Koh, Sungai Golok dan Sungai Kelantan dihuni  ikan jenis kelah, kelisa, belida, lampam dan spesies  ikan  air tawar yang lain seperti keli serta haruan.

Menjengah ke sebarang Laut China Selatan pula iaitu di Sarawak, kaki pancing akan dihidangkan dengan ratusan lubuk  ikan  seperti di Hulu Sungai Rajang, Mukah, Sungai Bedengan.

Lokasi ini banyak dihuni gelama, siakap merah, gerut, belanak, sembilang dan sebagainya di hulu sungai ini terdapat juga udang galah yang bersaiz besar.

Manakala di laut Mukah terdapat  ikan  jenis tenggiri batang, merah, cupak, bayan, landok, aruan tasik, kerapu sementara di kawasan muara Tebas pula terdapat  ikan  jenis pari, buntal, jenahak dan baung.

 Ikan  jenis air tawar pula terdapat di Sungai Satok, Sungai Lundu, Sungai Sematan, Sungai Batang Ai, Sungai Miri dan Sungai Igan yang terkenal dengan  ikan  jenis talapia dan  ikan  gergasi empurau selain udang galah.

Bagi kaki pancing laut dalam tentu lebih senang dengan lubuk Parlour atau Paloh yang kaya dengan  ikan  tenggiri, sementara itu di kawasan telaga minyak Bintulu dan Beting Lucornia pula terdapat ikan  tuna sementara Tanjung Datuk terkenal dengan permainan ikan  gerpoh atau GT.

Sabah pula lebih terkenal dengan kaki pancing di laut terutamanya di kawasan Pulau Layang-Layang, Pulau Mengalum, Pulau Mantanani, Pulau Balambangan, Pulau Banggi yang meliputi kawasan Pantai Barat Sabah.

Kawasan tersebut merupakan lubuk bagi  ikan  jenis aji-aji, kertang, kerapu, tenggiri dan  ikan  merah.
Kawasan di Pantai Timur Sabah seperti Pulau Sipadan dan Pulau Mabul juga kaya dengan lubuk  ikan  tetapi ia telah dijadikan kawasan perlindungan di samping ancaman lanun.

Mungkin terdapat beberapa lubuk yang tidak dicatatkan tetapi semua kawasan lubuk di atas adalah menjadi pilihan utama kepada kaki pancing.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments