UMNO Online - Pemuda Umno Buat Persediaan Awal Hadapi PRK - Memancing di Negeri Sembilan
UMNO Online - Pemuda Umno Buat Persediaan Awal Hadapi PRK - Memancing di Negeri Sembilan |
- UMNO Online - Pemuda Umno Buat Persediaan Awal Hadapi PRK
- diburu kaki <b><b>pancing di</b></b> Port Dickson - Utusan Online
- diburu kaki <b><b>pancing di</b></b> Port Dickson - Utusan Online
- Azmin Ali Mungkin <b>Di</b> Lantik Sebagai Timbalan <b>...</b> - <b>Pancing</b> Selangor
UMNO Online - Pemuda Umno Buat Persediaan Awal Hadapi PRK Posted: 15 Feb 2014 12:00 AM PST |
diburu kaki <b><b>pancing di</b></b> Port Dickson - Utusan Online Posted: 15 Feb 2014 12:00 AM PST Ada dua perkara utama yang dititikberatkan oleh kaki pancing terutamanya mereka yang bergelar kaki pancing tegar iaitu alatan dan lubuk (lokasi pancing yang banyak ikan). Kadang-kadang tentang hasil pancing tidak dihiraukan sangat biar pulang dengan tangan kosong janji puas boleh baling umpan dan pergi ke lubuk baru. Bercerita mengenai lubuk, ia satu perkataan yang sensitif buat kaki pancing. Maklumlah lubuk dengan kaki pancing tidak dapat dipisahkan ibarat irama dengan lagu. Terdapat pelbagai tempat yang diklasifikasikan sebagai lubuk oleh kaki pancing tidak kira sama ada di laut, sungai, kolam, pantai, paya dan laut. Bermula dari utara tanah air hinggalah ke Sabah dan Sarawak, semuanya mempunyai lubuk pancing dan keistimewaan yang tersendiri. Kita bermula dari negeri yang paling utara iaitu Perlis, kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing ialah sepanjang Sungai Korok. Bagi mereka yang bergelar kaki pancing dan anak watan negeri tersebut pasti mempunyai pengalaman memancing di sungai tersebut yang mengandungi ikan jenis belida dan lampam. Selain daripada itu antara lubuk ikan air tawar di negeri tersebut ialah empangan Timah Tasoh yang menjanjikan ikan tilapia kepada mereka yang menunggu dengan penuh kesabaran. Seterusnya di persisiran pantai Kuala Perlis dan Sungai Baru, jika tiada aral melintang kaki pancing boleh menaikkan sembilang, gelama dan kerapu. Seterusnya lubuk di negeri Kedah, bagi memancing tegar pasti pernah memancing di luar Pulau Langkawi antara perairan negara yang mempunyai banyak lubuk ikan . Selain di sekitar tukun yang terdapat di tengah laut, kaki pancing boleh mengadu kehebatan di beberapa pulau kecil yang dikelaskan sebagai lubuk ikan . Antara spesies ikan yang bakal dinaikkan oleh kaki pancing ialah jenahak, belitung, kerapu, alu-alu dan kertang. Manakala di Kedah, antara lubuk yang popular tentunya di Terusan Wan Mat Saman, Sungai Muda, Tasik Pedu dan Empangan Tanjung Chali dan Sungai Alor Mengkudu. Jenis ikan yang terdapat di lubuk Jelapang Padi itu ialah jelawat, belida, lampam, toman, patin dan rohu. Joran kaki pancing pasti dilarikan spesies kerapu, jenahak, senangin, siakap merah, gerut-gerut, pari, gelama papan, manakala ikan pertengahan air termasuk tenggiri, alu-alu dan talang. Lubuk di Perak pula banyak tertumpu di persekitaran Empangan Temenggor, iaitu Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh dan Tasik Kenering. Antara jenis ikan yang terdapat di situ ialah toman, temoleh, belida, kelah dan tilapia. Jika ingin memancing ikan air masin pula lubuk yang terkenal tentunya di Pulau Sembilan, Pulau Pangkor, Pulau Jarak dan di muka Kuala Lumut yang menjanjikan syurga ikan kepada kaki pancing terutama ikan jenis kerapu, tambak, talang, gerpoh, ebek, cencaru dan kerisi. Bagi warga kota pula yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor cukup sinonim dengan lubuk ikan di Pulau Angsa, Pulau Ketam, Pulau Indah, Pelabuhan Kelang dan Tanjung Harapan. Lubuk-lubuk ini terkenal dengan ikan pari, sembilang, jenahak, siakap merah, gelama, daun baru dan telinga gajah. Manakala di kawasan sungai pula ia agak kurang popular berikutan kolam ikan berbayar yang banyak dibuka tetapi anda boleh mencuba memancing di Sungai Bernam, Sungai Selangor dan sekitar kawasan Kuala Selangor. Jika anda ingin mencari lubuk udang galah bolehlah singgah di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan. Malah, negeri yang tersohor dengan adat perpatih itu juga terkenal dengan tempat memancing di sepanjang pantai Port Dickson dan perairan Selat Melaka dengan hasil jenahak, kerapu, gerut-gerut. Johor juga cukup terkenal dengan lubuk ikan laut seperti di Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pisang. Hasilnya ialah ikan berprofil tinggi seperti tenggiri, ebek, kerapu, aruan tasik, alu-alu dan pelbagai spesies ikan merah. Di kawasan Sungai Redan, Ulu Tiram pula, kaki pancing berpotensi untuk membawa naik pari, kerapu, siakap, senangin, tebal pipi dan jenahak. Ikan ini juga banyak terdapat di lubuk lain seperti di Perigi Aceh, Tanjung Sedeli dan Tebing Runtuh. Penggemar udang galah pula boleh menduga kepakaran mereka di Sungai Mawai manakala ikan sungai terbaik seperti kelah, kelisa, sebarau, kaloi, toman dan tapah boleh dipancing di sekitar Kuala Lemakoh dan Sungai Endau. Bila sebut tentang Pahang pasti para kaki pancing terbayang pekan Rompin yang terkenal dengan aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut. Kalau di laut ia terkenal dengan ikan layaran manakala kalau di sungai pula sudah tentu di Taman Negara, lubuk bagi ikan jenis kelah, patin, tapah, lampam dan sebarau. Tempat lain yang dianggap lubuk bagi kaki pancing ialah di Nenasi, Merchong, Hulu Rompin , Hulu Lemakoh, Lubuk Karang Do, Tasik Bera, Tasik Chini, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Seterusnya di Terengganu, lubuk yang paling digemari tentunya di kawasan pulau yang indah dan air yang jernih seperti di luar Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Bidong, Pulau Merang, Pulau Yu, Pulau Tenggol. Ikan yang bakal tersangkut di mata kail kaki pancing di situ ialah ikan merah, gerpoh, alu-alu, mayong, belitung, kerapu merah, telinga gajah dan ibu kerisi. Spesies ikan air tawar pula tentunya di lubuk seperti Tasik Kenyir, Sungai Terengganu, Sungai Cacing, Sungai Mangkok dan Sungai Penarik. Tasik Kenyir terkenal dengan kelicikan toman bersama 39 spesies ikan yang lain manakala di kawasan lain pula ada juga terdapat jenis ikan kelah, baung, sebarau dan patin. Kaki pancing tegar pasti tidak ketinggalan untuk memancing di Kelantan berikutan beberapa tempat yang dianggap lubuk seperti di Tok Bali, Kuala Koh, Sungai Golok dan Sungai Kelantan dihuni ikan jenis kelah, kelisa, belida, lampam dan spesies ikan air tawar yang lain seperti keli serta haruan. Menjengah ke sebarang Laut China Selatan pula iaitu di Sarawak, kaki pancing akan dihidangkan dengan ratusan lubuk ikan seperti di Hulu Sungai Rajang, Mukah, Sungai Bedengan. Lokasi ini banyak dihuni gelama, siakap merah, gerut, belanak, sembilang dan sebagainya di hulu sungai ini terdapat juga udang galah yang bersaiz besar. Manakala di laut Mukah terdapat ikan jenis tenggiri batang, merah, cupak, bayan, landok, aruan tasik, kerapu sementara di kawasan muara Tebas pula terdapat ikan jenis pari, buntal, jenahak dan baung. Ikan jenis air tawar pula terdapat di Sungai Satok, Sungai Lundu, Sungai Sematan, Sungai Batang Ai, Sungai Miri dan Sungai Igan yang terkenal dengan ikan jenis talapia dan ikan gergasi empurau selain udang galah. Bagi kaki pancing laut dalam tentu lebih senang dengan lubuk Parlour atau Paloh yang kaya dengan ikan tenggiri, sementara itu di kawasan telaga minyak Bintulu dan Beting Lucornia pula terdapat ikan tuna sementara Tanjung Datuk terkenal dengan permainan ikan gerpoh atau GT. Sabah pula lebih terkenal dengan kaki pancing di laut terutamanya di kawasan Pulau Layang-Layang, Pulau Mengalum, Pulau Mantanani, Pulau Balambangan, Pulau Banggi yang meliputi kawasan Pantai Barat Sabah. Kawasan tersebut merupakan lubuk bagi ikan jenis aji-aji, kertang, kerapu, tenggiri dan ikan merah. Mungkin terdapat beberapa lubuk yang tidak dicatatkan tetapi semua kawasan lubuk di atas adalah menjadi pilihan utama kepada kaki pancing. |
diburu kaki <b><b>pancing di</b></b> Port Dickson - Utusan Online Posted: 23 Dec 2013 12:00 AM PST Mohamad Ikmal menunjukkan cacing laut atau pun-pun yang dijualnya di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. TELOK KEMANG 23 Dis. - Mungkin tidak ramai yang mengenali sejenis cacing laut yang dikenali sebagai pun-pun. Cacing 'gergasi' ini biasanya menjadi 'buruan' kaki pancing apatah lagi mereka yang datang berkunjung di tepi pantai peranginan, Port Dickson dekat sini. Walaupun beberapa ekor pun-pun yang dijadikan umpan ini dijual pada harga tertentu, kaki pancing tidak ambil peduli kerana minat yang tinggi untuk meraih tangkapan lebih besar di persisiran pantai mendahului segalanya. Maka, tidak hairanlah pencari cacing pun-pun ini mengambil kesempatan menjual cacing laut itu dengan harga sekitar RM5 sebungkus kepada kaki pancing yang memang ramai datang ke Port Dickson, terutama pada waktu petang dan malam untuk aktiviti memancing. Seorang peniaga, Mohamad Ikmal, 19 berkata, dia telah melakukan kerja itu sejak bertahun lamanya dan ia adalah sebahagian kerja yang dilakukan oleh ahli keluarganya. ''Permintaan terhadap pun-pun ini sentiasa ada dan ia akan meningkat setiap kali tiba musim cuti persekolahan," katanya sewaktu ditemui Utusan Malaysia di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson dekat sini hari ini. Kata Mohamad, perniagaan peralatan memancing serta umpan itu dibuka dari pukul 12 tengah hari sehinggalah 5 petang sepanjang cuti persekolahan ini. Bagaimanapun ada ketikanya perniagaan tidak dibuka kerana faktor cuaca dan jumlah pun-pun yang diperoleh berkurangan. ''Pada hari biasa, saya menjual sebanyak 15 bungkus pun-pun sehari, tetapi pada waktu musim cuti persekolahan ini, saya boleh menjual 50 plastik pun-pun setiap hari. ''Kebanyakan pembeli adalah pelancong yang datang bercuti ke Port Dickson. Ada juga yang datang kerana mesyuarat dan pada waktu malam mereka akan memancing di tepi pantai ini," jelasnya. Beliau juga berkata, mencari pun-pun memerlukan kemahiran kerana cacing laut ini pandai bersembunyi. ''Kadang kala saya juga terserempak dengan ular laut yang datang ke arah tangan sewaktu menggali lubuk pun-pun. Cacing ini juga adalah makanan reptilia ini,'' katanya. |
Azmin Ali Mungkin <b>Di</b> Lantik Sebagai Timbalan <b>...</b> - <b>Pancing</b> Selangor Posted: 15 Feb 2014 12:00 AM PST Salam tahun baru kepada semua rakan pemancing di luar sana. Tahun 2013 yang mencabar telah meninggalkan kita. Manakala tahun baru yang menjelma, bakal menjanjikan cabaran baru bagi kita semua. Sabar dan hadapilah dengan semangat baru yang waja. Bagi kami di pancingport.blogspot berbagai cabaran telah ditempuhi walaupun pahit mahupun manis. Segalanya memberikan pengalaman yang sangat berharga, dikongsi bersama pemancing di luar sana. Sepanjang tahun lepas pelbagai pembaharuan telah dapat dilaksanakan, manakala semua perancangan dapat dicapai hampir kesemuanya. Alhamdulillah, semuanya diatas sokongan krew pancingport.blogspot dan anda semua. Antara matlamat utama sejak blog ini ditubuhkan ialah, menjadikan Port Klang sebagai salah satu destinasi memancing yang terkenal setanding dengan nama-nama lain yang tersohor di luar Selangor. Walaupun ada yang mengatakan hal ini tidak mungkin menjadi kenyataan, bagi kami semuanya terletak di atas usaha gigih dan bukan hanya omongan kosong dimulut saja. Dalam pada itu juga, ramai rakan-rakan pemancing yang dulu kerap turun bersama kami, kini sudah mempunyai bot sendiri. Alhamdulillah, setapak maju kehadapan dan semoga lebih maju pada tahun ini. Ini memberikan sedikit pendapatan kepada pemilik bot mahupun kutipan di pengkalan. Manakala penjual bot dapat menghasilkan pendapatan hasil dari jualan bot mereka. Putaran ini juga membantu dalam memeriahkan lagi hasil pendapatan individu yang terlibat dan secara tidak langsung melibatkan negeri dan negara kita. Kepada yang telah memiliki bot sendiri, jadilah pemancing yang beretika. Jagalah kawasan memancing kita seperti rumah anda sendiri. Janganlah hanya mementingkan diri sendiri hingga merosakkan keindahan alam yang sedia ada. Sentiasa membina dan menjaga persahabatan diantara kita sebaik mungkin. Pelaut seperti kita, kemana pun anda berpusing, kita tetap akan berjumpa semula. Akhir kata kepada semua peminat blog kami dan rakan-rakan pemancing, Selamat Tahun Baru 2014, semoga tahun baru ini memberikan keceriaan, kebahagiaan, kemurahan rezki dan keberkatan sepanjang masa. InsyaAllah.. "Memancing untuk kualiti, bukan kuantiti" Ikhlas dari kami di pancingport.blogspot
|
You are subscribed to email updates from Memancing di Negeri Sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments