Kelong memancing mampu jadi produk ... - Pancing Melaka - Memancing di Negeri Sembilan

softthedown | 13:51 | 0 comments

Kelong <b><b>memancing</b></b> mampu jadi produk <b>...</b> - <b>Pancing</b> Melaka - Memancing di Negeri Sembilan


Kelong <b><b>memancing</b></b> mampu jadi produk <b>...</b> - <b>Pancing</b> Melaka

Posted: 31 Mar 2014 12:00 AM PDT

SEBAHAGIAN daripada 20 kaki pancing yang terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi membuat persiapan untuk memancing ikan di sebuah kelong Pantai Siring, Serkam, Melaka, kelmarin. - Utusan/Gaie Uchel

JASIN 31 Mac - Aktiviti memancing di kelong kini menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, aktiviti tersebut wajar dibangunkan memandangkan Melaka terletak di pesisir Selat Melaka dari Kuala Linggi di utara Melaka hingga ke selatan di Sungai Rambai.

Menurutnya, keadaan itu sebenarnya memberi kelebihan jika lebih banyak kelong dapat dibangunkan untuk menjadi daya tarikan kaki pancing, khususnya dari luar negeri ini.

"Kelong memancing kurang popular di negeri ini kerana hanya beberapa buah sahaja yang diusahakan oleh nelayan atau individu terutama di Serkam, Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang di Sungai Rambai.

"Justeru, saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat kerajaan negeri tidak lama lagi bagi mendapat pandangan untuk membangunkan kelong sebagai aktiviti memancing.

"Saya juga akan memikirkan bagaimana peruntukan dapat disalurkan kepada nelayan atau Persatuan Nelayan bagi membangunkan kelong yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat memasak dan jika boleh calet dibina di atas kelong,'' katanya.

Beliau mengulas program Santai Memancing Media di Kelong Abu, Pantai Siring, Serkam dekat sini malam Sabtu lalu.

Program yang disertai 20 wartawan dan jurugambar dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Joran Berita Harian, majalah Umpan, NST, RTM dan Harian Metro itu turut ditaja syarikat Mamee-Double Decker (M) Berhad.

Hasan berkata, program tersebut dianjurkan bagi membawa pihak media melihat dari dekat aktiviti memancing di kelong yang mampu menjadi produk pelancongan menarik di negeri ini.

"Saya melihat aktiviti memancing di kelong boleh menjadi produk pelancongan utama dan mendatangkan sumber pendapatan tambahan seperti mana dibangunkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor,'' katanya.

Menurutnya, beliau yakin jika kelong serba moden dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tempat tidur, aktiviti tersebut mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya.

"Aktiviti memancing semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai, khususnya apabila diadakan pertandingan memancing, ramai kaki pancing dari luar Melaka sanggup datang,'' ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Hasan berkeyakinan tinggi jika aktiviti memancing di kelong dapat diwujudkan lebih banyak lagi khususnya di Melaka Utara iaitu dari Kuala Linggi hingga ke Tanjong Bidara, sekali gus menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Masjid Tanah.

Di samping itu, katanya, wujudnya kelong memancing secara tidak langsung boleh menjadi pos keselamatan pesisir pantai dan tempat persinggahan nelayan untuk berteduh jika dilanda ribut dan ombak kuat.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa buah kelong yang didapati uzur di Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang akan dibaik pulih melalui peruntukan yang akan diusahakannya kelak.

<b><b>memancing</b></b> mampu jadi produk ... - <b> - <b>Pancing</b> Melaka

Posted: 01 Apr 2014 12:00 AM PDT

Wan lc..Qemal..Badik

epul

epul


Ayie...Keniro..qemal..azu & farra
Bagi kaki pancing sekitar Negeri Sembilan dan Melaka pasti sinonim dengan port memancing di jambatan Tanjong Agas port dickson..di port ini bukan calang2 ikan yang di naikan jika rezeki menyebelahi kita.. pengelaman saya memancing dengan keluarga saya.. adik saya berjaya menaikan siakap seberat 4.8 kg..ayah saya berjaya menaikan senangin seberat 3kg..kerapu karang seberat 2kg dan saya berjaya menaikan pari seberat 1.5 kg...
 masa yang paling sesuai untuk memancing di sini ialah sewaktu air pasang penuh (sila lihat jadual air pasang surut sebelum datang ke sini) umpan untuk menjerat siakap ialah menggunakan udang hidup yang segar jika menggunakan koyan (gelendong) atau pancing rod.. jika anda gemar menggunakan pelampong saya syorkan anda menggunakan anak ikan belanak.. (cara memasang umpan anak belanak di gantung ekor dan udang pula saya lebih gemar cangkuk di ekor ada juga yang cangkuk di tengah badan tetapi AWAS sewaktu mencangkuk udang pastikan tidak terkene urat di belakang udang kerana jika terkena urat itu pasti udang akan mati.... jadi elakkan dari terkena urat yang berwarna hitan di belakang udang tersebut
    jika anda berminat untuk menjerat senagin atau kerapu saya syorkan anda menggunakan udang fresh yang bersaiz 1 mata kail.. port untuk menjinakan senangin ialah berdekatan dengan jeti memancing tanjung agas yang terletak di tebing sungai tersebut.. AWAS jika anda memancing di atas jeti memancing tersebut anda jangan baling tali anda ke hadapan jeti kerana di hadapan jeti itu ada batu karang yang besar pastinya tali anda akan putus.. baling menghala ke hulu sungai ( ke atas ) jika nasib menyebelahi anda pasti ada habuan yang merentap umpan anda.. (sediakan perambut.. mata kail.. batu ladung yang mencukupi jika hendak memancing di jeti tersebut)
   itu sedikit info untuk kaki pancing yang ingin mencuba nasib di atas jambatanTtanjung Agas port dickson- Kuala linggi Melaka.. selamat memancing.. good luck !!!!

kelong <b>memancing</b> pozi kuala lukut <b>negeri sembilan</b> - jalan-jalan

Posted: 08 Jan 2014 12:00 AM PST

Kelong Pozi Kuala Lukut negeri Sembilan

Mungkin ramai yang mengetahui apa itu kelong memancing. Pada hari ini aku nak mengajak anda semua memancing di kelong Pozi yang terletak di Muara Kuala Lukut Port Dickson Negeri Sembilan. Sebenarnya kelong Pozi ini sudah lebih sepuluh tahun di bina dan akhir-akhir ini barulah kelong ini agak popular. Sebenarnya kelong Pozi dahulu dikenali dengan nama kelong Koperasi kerana kelong ini milik Koperasi Pelancongan Pelanduk 2020. Oleh kerana kelong ini dikendalikan oleh Pozi maka kelong ini senang dikenali dengan nama Kelong Pozi.

kalau nak santai boleh la bawa hemop

Terletak di Muara Kuala Lukut dan bersebelahan dengan daerah Sepang dan Port Dickson. Lebih senang kalau aku katakan Kelong Pozi terletak 20 minit sahaja perjalanan dari KLIA. Bagi pemancing yang datang dari utara seperti Kuala Lumpur, petaling Jaya, Subang, Syah Alam dan Klang bolehlah pergi ke kelong Pozi melalui KLIA atau pekan Sepang kerana jarak perjalanan lebih dekat berbanding mengikut lebuhraya Seremban. Bagi pemancing yang datang dari arah selatan seperti Melaka dan Johor mestilah melalui Port Dickson terlebih dahulu.

pemandangan sunset semasa di kelong

Bagaimana nak pergi ke kelong Pozi? Anda hanya perlu menelefon Pozi melalui talian bernombor 019 3601221 dan membuat tempahan bila nak nak naik Kelong. Datang saja ke jeti anda akan di sambut oleh boatman yang akan membawa anda ke kelong. Pasal harga jangan risau di mana kebanyakan kelong memancing hanya mengenakan cas yang berpatutan melainkan kelong memancing bertaraf 5 bintang. Kalau anda masih ragu2 tentang kelong bolehlah menggunakan khidmat guide yang akan menguruskan trip memancing anda.

nak birding pun boleh tapi kena bawa bino...

Apa kemudahan yang ada di Kelong Pozi? kalau anda berminat memancing semalaman, memang ada bilik yang disediakan. Bilik yang ala kadar dengan sebuah pangkin untuk melabuh badan yang kepenatan memancing. Selain itu, bagi yang ingin memasak sendiri boleh la membawa bekalan memasak sendiri kerana dapur juga disediakan. Kebanyakan pemancing memilih memasak di kedai sahaja kerana senang dan cepat. Order saja pada boatman nak makan apa, nanti dia akan hantar tanpa caj penghantaran. Selain dapat ada juga pangkin di luar bilik dan sebuah rumah rehat kecil untuk melepaskan hajat perut memulas.

spisis pemotong perambut

Ikan apa yang ada di Kelong Pozi? berdasarkan pengalaman saya, terdapat pelbagai spisis ikan karang seperti jenahak, kerapu, bayan, baracuda dan juga GT. Selain itu ikan pari juga sekali sekala mampu menggongcang joran dan  kederat anda. Bagaimana pun hasil memancing bukan sahaja berdasarkan nasib malah umpan dan teknik yang digunakan. kalau tak tahu anda boleh rujuk dalam blog2 dalam web.

Umpan apa yang sesuai di kelong Pozi?

jenahak keemasan menjadi buruan utama

Umpan apa yang sesuai di Kelong Pozi? Bagi pemancing yang memburu ikan2 gred A bersaiz besar seperti jenahak, kerapu, pari dan GT sebaiknya menggunakan umpan anak ikan seperti tamban atau selar yang boleh di Apolo di kelong Pozi. Jangan lupa, apolo kertas warna putih bersaiz 4, 5 atau 6 sahaja yang sesuai di kelong Pozi. Selain umpan ikan hidup penggunaan umpan udang hidup dan pumpun sarang juga boleh digunakan. 

Peralatan apa yang perlu di bawa ke kelong Pozi? bagi pemancing biasa yang sekadar untuk bersantai hanya perlu bawa makanan , minuman dan juga makanan minuman ringan sebagai tambahan. Berbalik kepada pemancing yang tegar dan memburu ikan2 besar perlu membawa tangguk sotong, tangguk ikan dan juga hook bagi menghadapi kemungkinan yang tak diduga. 

nak cuba hentakan senangin besar pun boleh

Memancing ni sekadar hobi yang menyeronokan. Selain itu memancing juga menguji kesabaran dan kreativiti seseorang. Jika percubaan kali pertama gagal, jangan lah kita cepat2 melabelkan sesuatu yang buruk tentang sesuatu lapangan memancing tersebut. Cuba dapatkan maklumat yang selengkap sebelum pergi memancing supaya peluang lebih luas untuk kita mendaratkan ikan.

kumpulan kecil

kumpulan besar

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments