PRK Kajang: Pemuda Umno Buat Persediaan Awal - MYNEWSHUB - Memancing di Negeri Sembilan

softthedown | 13:20 | 0 comments

PRK Kajang: Pemuda Umno Buat Persediaan Awal - MYNEWSHUB - Memancing di Negeri Sembilan


PRK Kajang: Pemuda Umno Buat Persediaan Awal - MYNEWSHUB

Posted: 15 Feb 2014 12:00 AM PST

SEREMBAN – Pemuda Umno membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata beliau juga akan mendapatkan taklimat daripada Pemuda Umno Bahagian Ulu Langat mengenai keadaan di sana, esok.

"Saya akan melihat persiapan awal yang boleh dilakukan. Selain itu, saya juga akan buat tinjauan mesra untuk berjumpa penduduk Kajang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing 2014 anjuran Pemuda Umno Negeri Sembilan di Taman Tasik di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dan penamaan calon 11 Mac.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan.

Mengenai tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai calon pembangkang bagi pilihan raya kecil itu, yang berkempen awal, Menteri Belia dan Sukan itu berkata Anwar mungkin ghairah sangat dan tidak sabar hendak menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berkata pergerakan akan membuat pelbagai program untuk mendekati masyarakat.

"Saya dah minta supaya jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno negeri merancang untuk menganjurkan program setiap bulan dan kita akan pergi ke semua bahagian lain.

"Selepas pertandingan memancing ini kita juga merancang untuk membuat program keagamaan. Setakat ini saya berpuas hati kerana Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan bergerak aktif menganjurkan program bersama masyarakat," katanya. – BERNAMA

PRK Kajang: Pemuda Umno Buat Persediaan Awalhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/Khairy-Jamaludin3.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/Khairy-Jamaludin3-150x150.jpg15 February 2014 MyNewsHub PRK KajangTerkini

SEREMBAN - Pemuda Umno membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata beliau juga akan mendapatkan taklimat daripada Pemuda Umno Bahagian Ulu Langat mengenai keadaan di sana, esok. 'Saya akan melihat persiapan awal...

SEREMBAN - Pemuda Umno membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor termasuk melakukan tinjauan mesra di kawasan itu. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata beliau juga akan mendapatkan taklimat daripada Pemuda Umno Bahagian Ulu Langat mengenai keadaan di sana, esok. "Saya akan melihat persiapan awal yang boleh dilakukan. Selain itu, saya juga akan buat tinjauan mesra untuk berjumpa penduduk Kajang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing 2014 anjuran Pemuda Umno Negeri Sembilan di Taman Tasik di sini, hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang diadakan pada 23 Mac, dan penamaan calon 11 Mac. Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Jan. Mengenai tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dinamakan sebagai calon pembangkang bagi pilihan raya kecil itu, yang berkempen awal, Menteri Belia dan Sukan itu berkata Anwar mungkin ghairah sangat dan tidak sabar hendak menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu. Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan berkata pergerakan akan membuat pelbagai program untuk mendekati masyarakat. "Saya dah minta supaya jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno negeri merancang untuk menganjurkan program setiap bulan dan kita akan pergi ke semua bahagian lain. "Selepas pertandingan memancing ini kita juga merancang untuk membuat program keagamaan. Setakat ini saya berpuas hati kerana Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sembilan bergerak aktif menganjurkan program bersama masyarakat," katanya. - BERNAMA


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pantai Cahaya <b>Negeri</b>, Port Dickson - Kaki Travel - Blogger

Posted: 06 Feb 2014 12:00 AM PST

Batu 4.5, Jalan Pantai

Pantai Cahaya Negeri, terletak di Jalan Pantai Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai ini adalah selepas Bandar Tentera Darat, Port Dickson. Ataupun selepas Sirusa. Pantai ini adalah pantai yang banyak memberi kenangan dalam hidup saya. Pantai kelahiranku, Pantai Cintaku, Pantai hatiku....macam-macam ada. Kawasan ini mempunyai dua lokasi utama selain persisiran pantainya(seluas 4 hektar), Pulau Burung (seluas 2.5 hektar) dan Pantai Cahaya (seluas 1.8 hektar). Kawasan ini menjadi tarikan utama untuk berekreasi, bersantai dan memancing. Kawasan ini sangat sesuai untuk Aktiviti Hari Keluarga, memancing dan berfoto untuk perkahwinan. Pantai ini adalah pantai yang kerap dikunjungi saya semasa berada di Pee Dee. 

Entri kali ini adalah tentang Pantai Cahaya Negeri. Entri berikut baru diceritakan Pulau Burung. Kedua-dua tempat ini adalah terletak bersebelahan. 

Pohon Ru melambai-lambai kedatangan anda kalian


 Bersama Simanja

Banana bot pun ada selain pantainya sesuai untuk bermandi manda

 Dedaun dan buah pokok ru

 Kawasan untuk bersantai

 Jambatan ke Pulau Burung

 Panorama Pulau Burung

 Di Kala Senja di Pantai hatiku

 Lorong-lorong di Pantai Cintaku

 Aktiviti Memancing nun jauh di sana

 Wakaf


Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments