Tips Memancing Di Kolam Pustaka Negeri ... - Pancing Sarawak - Memancing di Negeri Sembilan
Tips <b>Memancing Di</b> Kolam Pustaka <b>Negeri</b> <b>...</b> - Pancing Sarawak - Memancing di Negeri Sembilan |
- Tips <b>Memancing Di</b> Kolam Pustaka <b>Negeri</b> <b>...</b> - Pancing Sarawak
- Kelong <b><b>memancing</b></b> mampu jadi produk pelancongan
- Blogger - <b><b>Memancing di</b> Melaka</b> - Pancing Melaka
- <b>Memancing di</b> Terengganu - Pancing Terengganu
Tips <b>Memancing Di</b> Kolam Pustaka <b>Negeri</b> <b>...</b> - Pancing Sarawak Posted: 23 Jul 2014 03:12 PM PDT Kolam Memancing Air Tawar Di Kuching | Mungkin ramai yang tertanya-tanya, dimanakah lokasi memancing kolam air tawar di Kuching, Sarawak ini. Yelah, kaki pancing ni memang tak senang duduk rumah kalau terkenang kembali aksi menaikkan ikan keli 10kg tu kan. Ada masa lapang pasti akan turun ke mana saja untuk memancing. Dah kaki pancing kan haha.. Disini saya nak kongsikan dengan anda semua lokasi Kolam Memancing Kolam Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Senarai lokasi tersebut adalah: 1. Siniawan Fishing Ville Siniawan Fishing Ville merupakan Kolam Memancing yang terletak 18.9 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Kolam Memancing berbayar ini menempatkan pelbagai jenis ikan didalam kolamnya, antaranya adalah: Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Tongsan, Ikan Pacu, Ikan Talapia, Ikan Sultan,Ikan Belidak, Ikan Rumput dan banyak lagi. Berminat mengetahui lebih lanjut, anda boleh ke page facebook mereka disini- Siniawan Fishing Village dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor Hp ini- 013-818 9903. 2. Miracle Fishing Village Batu 14@ Miracle 28 Miracle Fishing Village adalah Kolam Memancing yang baru beroperasi pada bulan Oktober 2013. Kolam Memancing ini terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Kuching, Sarawak. Seperti Kolam Memancing Air Tawar yang lain, kolam ini juga menempatkan Ikan Keli, Ikan Patin, Ikan Talapia, Ikan Pacu, Ikan Kaloi, Ikan Sultan, Ikan Tongsan dan lain-lain lagi. Tauke Kolam Memancing ni tak pandai buka page facebook, so tak ada lah page kolam baru ni. Mungkin lepas tauke neo tu dah belajar ada page lah kot hehe..Jika berminat, boleh hubungi nombor ini- 014-8798228. 3. Kolam Memancing Kampung Semaba Kolam Memancing di Kampung Semaba ni belum pernah lagi saya cuba memancing, dengar khabar banyak Ikan Siakap dekat sini. Selain itu, Ikan Patin dan Ikan Pacu dengan saiz besar ada disni. Jika berminat boleh tengok map dibawah dan rasai sendiri pengalamannya. Kolam ni terletak tidak jauh dari Bandaraya Kuching, kira-kira 15 kilometer kalau tak silap. Dengan melalui Jalan Semaba, kolam ini di Lorong 10. Nombor untuk dihubungi tak dapat saya berikan, yelah saya sendiri belum ke kolam ni. Kalau berkesempatan pasti akan mencuba di kolam ni. Setakat ini, hanya 3 Kolam Memancing Air Tawar di Kuching yang saya tahu. Kolam yang pernah disebut-sebut dan tiada kepastian lokasi tu belum sempat disiasat lokasi sebenar. Jika ada, akan saya kongsikan disini. Sekian. | ||||||||
Kelong <b><b>memancing</b></b> mampu jadi produk pelancongan Posted: 31 Mar 2014 12:00 AM PDT SEBAHAGIAN daripada 20 kaki pancing yang terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi membuat persiapan untuk memancing ikan di sebuah kelong Pantai Siring, Serkam, Melaka, kelmarin. - Utusan/Gaie Uchel JASIN 31 Mac - Aktiviti memancing di kelong kini menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai komersial. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, aktiviti tersebut wajar dibangunkan memandangkan Melaka terletak di pesisir Selat Melaka dari Kuala Linggi di utara Melaka hingga ke selatan di Sungai Rambai. Menurutnya, keadaan itu sebenarnya memberi kelebihan jika lebih banyak kelong dapat dibangunkan untuk menjadi daya tarikan kaki pancing, khususnya dari luar negeri ini. "Kelong memancing kurang popular di negeri ini kerana hanya beberapa buah sahaja yang diusahakan oleh nelayan atau individu terutama di Serkam, Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang di Sungai Rambai. "Justeru, saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat kerajaan negeri tidak lama lagi bagi mendapat pandangan untuk membangunkan kelong sebagai aktiviti memancing. "Saya juga akan memikirkan bagaimana peruntukan dapat disalurkan kepada nelayan atau Persatuan Nelayan bagi membangunkan kelong yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat memasak dan jika boleh calet dibina di atas kelong,'' katanya. Beliau mengulas program Santai Memancing Media di Kelong Abu, Pantai Siring, Serkam dekat sini malam Sabtu lalu. Program yang disertai 20 wartawan dan jurugambar dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Joran Berita Harian, majalah Umpan, NST, RTM dan Harian Metro itu turut ditaja syarikat Mamee-Double Decker (M) Berhad. Hasan berkata, program tersebut dianjurkan bagi membawa pihak media melihat dari dekat aktiviti memancing di kelong yang mampu menjadi produk pelancongan menarik di negeri ini. "Saya melihat aktiviti memancing di kelong boleh menjadi produk pelancongan utama dan mendatangkan sumber pendapatan tambahan seperti mana dibangunkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor,'' katanya. Menurutnya, beliau yakin jika kelong serba moden dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tempat tidur, aktiviti tersebut mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya. "Aktiviti memancing semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai, khususnya apabila diadakan pertandingan memancing, ramai kaki pancing dari luar Melaka sanggup datang,'' ujarnya lagi. Sehubungan itu, Hasan berkeyakinan tinggi jika aktiviti memancing di kelong dapat diwujudkan lebih banyak lagi khususnya di Melaka Utara iaitu dari Kuala Linggi hingga ke Tanjong Bidara, sekali gus menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Masjid Tanah. Di samping itu, katanya, wujudnya kelong memancing secara tidak langsung boleh menjadi pos keselamatan pesisir pantai dan tempat persinggahan nelayan untuk berteduh jika dilanda ribut dan ombak kuat. Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa buah kelong yang didapati uzur di Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang akan dibaik pulih melalui peruntukan yang akan diusahakannya kelak. | ||||||||
Blogger - <b><b>Memancing di</b> Melaka</b> - Pancing Melaka Posted: 16 Aug 2014 10:45 PM PDT
masa yang paling sesuai untuk memancing di sini ialah sewaktu air pasang penuh (sila lihat jadual air pasang surut sebelum datang ke sini) umpan untuk menjerat siakap ialah menggunakan udang hidup yang segar jika menggunakan koyan (gelendong) atau pancing rod.. jika anda gemar menggunakan pelampong saya syorkan anda menggunakan anak ikan belanak.. (cara memasang umpan anak belanak di gantung ekor dan udang pula saya lebih gemar cangkuk di ekor ada juga yang cangkuk di tengah badan tetapi AWAS sewaktu mencangkuk udang pastikan tidak terkene urat di belakang udang kerana jika terkena urat itu pasti udang akan mati.... jadi elakkan dari terkena urat yang berwarna hitan di belakang udang tersebut jika anda berminat untuk menjerat senagin atau kerapu saya syorkan anda menggunakan udang fresh yang bersaiz 1 mata kail.. port untuk menjinakan senangin ialah berdekatan dengan jeti memancing tanjung agas yang terletak di tebing sungai tersebut.. AWAS jika anda memancing di atas jeti memancing tersebut anda jangan baling tali anda ke hadapan jeti kerana di hadapan jeti itu ada batu karang yang besar pastinya tali anda akan putus.. baling menghala ke hulu sungai ( ke atas ) jika nasib menyebelahi anda pasti ada habuan yang merentap umpan anda.. (sediakan perambut.. mata kail.. batu ladung yang mencukupi jika hendak memancing di jeti tersebut) itu sedikit info untuk kaki pancing yang ingin mencuba nasib di atas jambatanTtanjung Agas port dickson- Kuala linggi Melaka.. selamat memancing.. good luck !!!! | ||||||||
<b>Memancing di</b> Terengganu - Pancing Terengganu Posted: 29 Jun 2014 07:37 PM PDT Anda minat memancing? Selain terkenal dengan tempat bersantai dan aktiviti pertunjukan pentas, di tebing sungai Dataran Shah Bandar juga sentiasa di kunjungi oleh kaki-kaki pancing yang memancing dari pagi hingga lewat malam. Kalau anda lapar atau dahaga, jangan risau, panjat aje tembok tu dan jamulah selera di gerai sebelah tu. Dengar cerita banyak juga ikan di sini dan boleh tahan juga saisnya. Oleh itu jika anda berkunjung ke Kuala Terengganu, jangan lupa bawa joran dan memancing di sini. Sekadar mencelah masa |
You are subscribed to email updates from Memancing di Negeri Sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments