n9kiniTV - Pancing Negeri Sembilan - Blogger - Memancing di Negeri Sembilan

softthedown | 13:11 | 0 comments

n9kiniTV - Pancing <b>Negeri Sembilan</b> - Blogger - Memancing di Negeri Sembilan


n9kiniTV - Pancing <b>Negeri Sembilan</b> - Blogger

Posted: 08 Jun 2014 12:00 AM PDT

IMG_0301 

Kuala Sawah, 08 Jun – Negeri Sembilan memberi keutamaan kepada produk pelancongan bercirikan homestay dan eco-pelancongan seterusnya berbeza dengan produk pelancongan yang terdapat di negara ini.

Berbeza dengan negeri lain, Kerajaan Negeri sentiasa mensasarkan jumlah pelancong yang tinggi ke negeri ini melalui homestay dan eco-pelancongan.

Namun begitu, di samping produk pelancongan utama ianya juga perlu diperkukuhkan dengan produk sampingan yang mencerminkan identiti kawasan tersebut.

Jelas Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media di 

Majlis Moh Mancing anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan dan Koperasi Keluarga Hj Sulaiman Negeri Sembilan Berhad di Kampungstay Hj Sulaiman, Kuala Sawah, di sini hari ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur program yang berjaya menarik minat pemancing dari Perlis, Kedah, Pahang dan Selangor bagi menyertai pertandingan seumpama ini.

Malah berkeupayaan menyediakan hadiah berupa wang tunai, Johan; RM40,000, Naib Johan; RM11,000 dan tempat ketiga berjumlah RM5,000.

Penganjuran seumpama ini sekaligus memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan di kawasan Rantau yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau.

Temubual bersama Johan Moh Mancing, Encik Akhbar Salehuddin, 56, kakitangan UKM Bangi, peserta yang menjuarai pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000.

Beliau sama sekali tidak menyangka akan menjuarai pertandingan memancing di sini memandangkan setiap kali menyertai pertandingan di mana-mana sentiasa beroleh kedudukan saguhati.

Beliau yang berjaya mengumpan ikan patin seberat 6.9kg pada jam 11 pagi tadi, beranggapan ini rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Dato' Hj Abu Ubaidah Dato' Hj Redza, Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Hj Ibrahim Hj Abdullah dan Pengerusi Koperasi Keluarga Hj Sulaiman Negeri Sembilan Berhad, Encik Hanafi Hj Sulaiman.Sumber

Kelong <b>memancing</b> mampu jadi produk - Pancing <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 23 Jun 2014 05:27 PM PDT

Wan lc..Qemal..Badik

epul

epul


Ayie...Keniro..qemal..azu & farra
Bagi kaki pancing sekitar Negeri Sembilan dan Melaka pasti sinonim dengan port memancing di jambatan Tanjong Agas port dickson..di port ini bukan calang2 ikan yang di naikan jika rezeki menyebelahi kita.. pengelaman saya memancing dengan keluarga saya.. adik saya berjaya menaikan siakap seberat 4.8 kg..ayah saya berjaya menaikan senangin seberat 3kg..kerapu karang seberat 2kg dan saya berjaya menaikan pari seberat 1.5 kg...
 masa yang paling sesuai untuk memancing di sini ialah sewaktu air pasang penuh (sila lihat jadual air pasang surut sebelum datang ke sini) umpan untuk menjerat siakap ialah menggunakan udang hidup yang segar jika menggunakan koyan (gelendong) atau pancing rod.. jika anda gemar menggunakan pelampong saya syorkan anda menggunakan anak ikan belanak.. (cara memasang umpan anak belanak di gantung ekor dan udang pula saya lebih gemar cangkuk di ekor ada juga yang cangkuk di tengah badan tetapi AWAS sewaktu mencangkuk udang pastikan tidak terkene urat di belakang udang kerana jika terkena urat itu pasti udang akan mati.... jadi elakkan dari terkena urat yang berwarna hitan di belakang udang tersebut
    jika anda berminat untuk menjerat senagin atau kerapu saya syorkan anda menggunakan udang fresh yang bersaiz 1 mata kail.. port untuk menjinakan senangin ialah berdekatan dengan jeti memancing tanjung agas yang terletak di tebing sungai tersebut.. AWAS jika anda memancing di atas jeti memancing tersebut anda jangan baling tali anda ke hadapan jeti kerana di hadapan jeti itu ada batu karang yang besar pastinya tali anda akan putus.. baling menghala ke hulu sungai ( ke atas ) jika nasib menyebelahi anda pasti ada habuan yang merentap umpan anda.. (sediakan perambut.. mata kail.. batu ladung yang mencukupi jika hendak memancing di jeti tersebut)
   itu sedikit info untuk kaki pancing yang ingin mencuba nasib di atas jambatanTtanjung Agas port dickson- Kuala linggi Melaka.. selamat memancing.. good luck !!!!

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments