Pancing Negeri Sembilan - Memancing di Negeri Sembilan

softthedown | 13:25 | 0 comments

Pancing <b>Negeri Sembilan</b> - Memancing di Negeri Sembilan


Pancing <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 05 Jul 2014 12:00 AM PDT

IMG_0301 

Kuala Sawah, 08 Jun – Negeri Sembilan memberi keutamaan kepada produk pelancongan bercirikan homestay dan eco-pelancongan seterusnya berbeza dengan produk pelancongan yang terdapat di negara ini.

Berbeza dengan negeri lain, Kerajaan Negeri sentiasa mensasarkan jumlah pelancong yang tinggi ke negeri ini melalui homestay dan eco-pelancongan.

Namun begitu, di samping produk pelancongan utama ianya juga perlu diperkukuhkan dengan produk sampingan yang mencerminkan identiti kawasan tersebut.

Jelas Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Dato' seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan di sidang media di 

Majlis Moh Mancing anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan dan Koperasi Keluarga Hj Sulaiman Negeri Sembilan Berhad di Kampungstay Hj Sulaiman, Kuala Sawah, di sini hari ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur program yang berjaya menarik minat pemancing dari Perlis, Kedah, Pahang dan Selangor bagi menyertai pertandingan seumpama ini.

Malah berkeupayaan menyediakan hadiah berupa wang tunai, Johan; RM40,000, Naib Johan; RM11,000 dan tempat ketiga berjumlah RM5,000.

Penganjuran seumpama ini sekaligus memperkenalkan dan mempromosikan produk pelancongan di kawasan Rantau yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau.

Temubual bersama Johan Moh Mancing, Encik Akhbar Salehuddin, 56, kakitangan UKM Bangi, peserta yang menjuarai pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000.

Beliau sama sekali tidak menyangka akan menjuarai pertandingan memancing di sini memandangkan setiap kali menyertai pertandingan di mana-mana sentiasa beroleh kedudukan saguhati.

Beliau yang berjaya mengumpan ikan patin seberat 6.9kg pada jam 11 pagi tadi, beranggapan ini rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Dato' Hj Abu Ubaidah Dato' Hj Redza, Pengerusi Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato' Hj Ibrahim Hj Abdullah dan Pengerusi Koperasi Keluarga Hj Sulaiman Negeri Sembilan Berhad, Encik Hanafi Hj Sulaiman.Sumber

<b><b>di</b></b> Port Dickson - Pancing <b> - Pancing <b>Negeri Sembilan</b>

Posted: 11 Jul 2014 07:25 AM PDT

Batu 4.5, Jalan Pantai

Pantai Cahaya Negeri, terletak di Jalan Pantai Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai ini adalah selepas Bandar Tentera Darat, Port Dickson. Ataupun selepas Sirusa. Pantai ini adalah pantai yang banyak memberi kenangan dalam hidup saya. Pantai kelahiranku, Pantai Cintaku, Pantai hatiku....macam-macam ada. Kawasan ini mempunyai dua lokasi utama selain persisiran pantainya(seluas 4 hektar), Pulau Burung (seluas 2.5 hektar) dan Pantai Cahaya (seluas 1.8 hektar). Kawasan ini menjadi tarikan utama untuk berekreasi, bersantai dan memancing. Kawasan ini sangat sesuai untuk Aktiviti Hari Keluarga, memancing dan berfoto untuk perkahwinan. Pantai ini adalah pantai yang kerap dikunjungi saya semasa berada di Pee Dee. 

Entri kali ini adalah tentang Pantai Cahaya Negeri. Entri berikut baru diceritakan Pulau Burung. Kedua-dua tempat ini adalah terletak bersebelahan. 

Pohon Ru melambai-lambai kedatangan anda kalian


 Bersama Simanja

Banana bot pun ada selain pantainya sesuai untuk bermandi manda

 Dedaun dan buah pokok ru

 Kawasan untuk bersantai

 Jambatan ke Pulau Burung

 Panorama Pulau Burung

 Di Kala Senja di Pantai hatiku

 Lorong-lorong di Pantai Cintaku

 Aktiviti Memancing nun jauh di sana

 Wakaf


Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments