<b><b> - Pancing <b>Negeri Sembilan</b> - Blogger - Memancing di Negeri Sembilan
<b><b> - Pancing <b>Negeri Sembilan</b> - Blogger - Memancing di Negeri Sembilan |
- <b><b> - Pancing <b>Negeri Sembilan</b> - Blogger
- Blogger - <b>Memancing di</b> Melaka - Pancing Melaka
- </b> mampu jadi produk pelancongan... - <b><b> - Pancing <b>Negeri</b> <b>...</b>
<b><b> - Pancing <b>Negeri Sembilan</b> - Blogger Posted: 11 Jul 2014 12:00 AM PDT Batu 4.5, Jalan Pantai Pantai Cahaya Negeri, terletak di Jalan Pantai Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai ini adalah selepas Bandar Tentera Darat, Port Dickson. Ataupun selepas Sirusa. Pantai ini adalah pantai yang banyak memberi kenangan dalam hidup saya. Pantai kelahiranku, Pantai Cintaku, Pantai hatiku....macam-macam ada. Kawasan ini mempunyai dua lokasi utama selain persisiran pantainya(seluas 4 hektar), Pulau Burung (seluas 2.5 hektar) dan Pantai Cahaya (seluas 1.8 hektar). Kawasan ini menjadi tarikan utama untuk berekreasi, bersantai dan memancing. Kawasan ini sangat sesuai untuk Aktiviti Hari Keluarga, memancing dan berfoto untuk perkahwinan. Pantai ini adalah pantai yang kerap dikunjungi saya semasa berada di Pee Dee. Entri kali ini adalah tentang Pantai Cahaya Negeri. Entri berikut baru diceritakan Pulau Burung. Kedua-dua tempat ini adalah terletak bersebelahan. Pohon Ru melambai-lambai kedatangan anda kalian Bersama Simanja Banana bot pun ada selain pantainya sesuai untuk bermandi manda Dedaun dan buah pokok ru Kawasan untuk bersantai Jambatan ke Pulau Burung Panorama Pulau Burung Di Kala Senja di Pantai hatiku Lorong-lorong di Pantai Cintaku Aktiviti Memancing nun jauh di sana Wakaf | ||||||||
Blogger - <b>Memancing di</b> Melaka - Pancing Melaka Posted: 11 Jun 2014 12:00 AM PDT
masa yang paling sesuai untuk memancing di sini ialah sewaktu air pasang penuh (sila lihat jadual air pasang surut sebelum datang ke sini) umpan untuk menjerat siakap ialah menggunakan udang hidup yang segar jika menggunakan koyan (gelendong) atau pancing rod.. jika anda gemar menggunakan pelampong saya syorkan anda menggunakan anak ikan belanak.. (cara memasang umpan anak belanak di gantung ekor dan udang pula saya lebih gemar cangkuk di ekor ada juga yang cangkuk di tengah badan tetapi AWAS sewaktu mencangkuk udang pastikan tidak terkene urat di belakang udang kerana jika terkena urat itu pasti udang akan mati.... jadi elakkan dari terkena urat yang berwarna hitan di belakang udang tersebut jika anda berminat untuk menjerat senagin atau kerapu saya syorkan anda menggunakan udang fresh yang bersaiz 1 mata kail.. port untuk menjinakan senangin ialah berdekatan dengan jeti memancing tanjung agas yang terletak di tebing sungai tersebut.. AWAS jika anda memancing di atas jeti memancing tersebut anda jangan baling tali anda ke hadapan jeti kerana di hadapan jeti itu ada batu karang yang besar pastinya tali anda akan putus.. baling menghala ke hulu sungai ( ke atas ) jika nasib menyebelahi anda pasti ada habuan yang merentap umpan anda.. (sediakan perambut.. mata kail.. batu ladung yang mencukupi jika hendak memancing di jeti tersebut) itu sedikit info untuk kaki pancing yang ingin mencuba nasib di atas jambatanTtanjung Agas port dickson- Kuala linggi Melaka.. selamat memancing.. good luck !!!! | ||||||||
</b> mampu jadi produk pelancongan... - <b><b> - Pancing <b>Negeri</b> <b>...</b> Posted: 11 Jun 2014 12:00 AM PDT SEBAHAGIAN daripada 20 kaki pancing yang terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi membuat persiapan untuk memancing ikan di sebuah kelong Pantai Siring, Serkam, Melaka, kelmarin. - Utusan/Gaie Uchel JASIN 31 Mac - Aktiviti memancing di kelong kini menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai komersial. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, aktiviti tersebut wajar dibangunkan memandangkan Melaka terletak di pesisir Selat Melaka dari Kuala Linggi di utara Melaka hingga ke selatan di Sungai Rambai. Menurutnya, keadaan itu sebenarnya memberi kelebihan jika lebih banyak kelong dapat dibangunkan untuk menjadi daya tarikan kaki pancing, khususnya dari luar negeri ini. "Kelong memancing kurang popular di negeri ini kerana hanya beberapa buah sahaja yang diusahakan oleh nelayan atau individu terutama di Serkam, Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang di Sungai Rambai. "Justeru, saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat kerajaan negeri tidak lama lagi bagi mendapat pandangan untuk membangunkan kelong sebagai aktiviti memancing. "Saya juga akan memikirkan bagaimana peruntukan dapat disalurkan kepada nelayan atau Persatuan Nelayan bagi membangunkan kelong yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat memasak dan jika boleh calet dibina di atas kelong,'' katanya. Beliau mengulas program Santai Memancing Media di Kelong Abu, Pantai Siring, Serkam dekat sini malam Sabtu lalu. Program yang disertai 20 wartawan dan jurugambar dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Joran Berita Harian, majalah Umpan, NST, RTM dan Harian Metro itu turut ditaja syarikat Mamee-Double Decker (M) Berhad. Hasan berkata, program tersebut dianjurkan bagi membawa pihak media melihat dari dekat aktiviti memancing di kelong yang mampu menjadi produk pelancongan menarik di negeri ini. "Saya melihat aktiviti memancing di kelong boleh menjadi produk pelancongan utama dan mendatangkan sumber pendapatan tambahan seperti mana dibangunkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor,'' katanya. Menurutnya, beliau yakin jika kelong serba moden dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tempat tidur, aktiviti tersebut mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya. "Aktiviti memancing semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai, khususnya apabila diadakan pertandingan memancing, ramai kaki pancing dari luar Melaka sanggup datang,'' ujarnya lagi. Sehubungan itu, Hasan berkeyakinan tinggi jika aktiviti memancing di kelong dapat diwujudkan lebih banyak lagi khususnya di Melaka Utara iaitu dari Kuala Linggi hingga ke Tanjong Bidara, sekali gus menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Masjid Tanah. Di samping itu, katanya, wujudnya kelong memancing secara tidak langsung boleh menjadi pos keselamatan pesisir pantai dan tempat persinggahan nelayan untuk berteduh jika dilanda ribut dan ombak kuat. Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa buah kelong yang didapati uzur di Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang akan dibaik pulih melalui peruntukan yang akan diusahakannya kelak. |
You are subscribed to email updates from Memancing di Negeri Sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments