softthedown | 13:23 | 0 comments
<b><b>di</b></b> lukut, <b><b>negeri sembilan</b></b> - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> Posted: 21 Dec 2008 12:00 AM PST |
<b><b>negeri sembilan</b></b></b></b></b> - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> - Memancing di Negeri Sembilan |
<b><b>negeri sembilan</b></b></b></b></b> - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> Posted: 04 May 2014 02:22 PM PDT Batu 4.5, Jalan Pantai Pantai Cahaya Negeri, terletak di Jalan Pantai Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai ini adalah selepas Bandar Tentera Darat, Port Dickson. Ataupun selepas Sirusa. Pantai ini adalah pantai yang banyak memberi kenangan dalam hidup saya. Pantai kelahiranku, Pantai Cintaku, Pantai hatiku....macam-macam ada. Kawasan ini mempunyai dua lokasi utama selain persisiran pantainya(seluas 4 hektar), Pulau Burung (seluas 2.5 hektar) dan Pantai Cahaya (seluas 1.8 hektar). Kawasan ini menjadi tarikan utama untuk berekreasi, bersantai dan memancing. Kawasan ini sangat sesuai untuk Aktiviti Hari Keluarga, memancing dan berfoto untuk perkahwinan. Pantai ini adalah pantai yang kerap dikunjungi saya semasa berada di Pee Dee. Entri kali ini adalah tentang Pantai Cahaya Negeri. Entri berikut baru diceritakan Pulau Burung. Kedua-dua tempat ini adalah terletak bersebelahan. Pohon Ru melambai-lambai kedatangan anda kalian Bersama Simanja Banana bot pun ada selain pantainya sesuai untuk bermandi manda Dedaun dan buah pokok ru Kawasan untuk bersantai Jambatan ke Pulau Burung Panorama Pulau Burung Di Kala Senja di Pantai hatiku Lorong-lorong di Pantai Cintaku Aktiviti Memancing nun jauh di sana Wakaf |
You are subscribed to email updates from Memancing di Negeri Sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Kelong <b>memancing</b> mampu jadi produk pelancongan - Utusan Online - Memancing di Negeri Sembilan |
Kelong <b>memancing</b> mampu jadi produk pelancongan - Utusan Online Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT SEBAHAGIAN daripada 20 kaki pancing yang terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi membuat persiapan untuk memancing ikan di sebuah kelong Pantai Siring, Serkam, Melaka, kelmarin. - Utusan/Gaie Uchel JASIN 31 Mac - Aktiviti memancing di kelong kini menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai komersial. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, aktiviti tersebut wajar dibangunkan memandangkan Melaka terletak di pesisir Selat Melaka dari Kuala Linggi di utara Melaka hingga ke selatan di Sungai Rambai. Menurutnya, keadaan itu sebenarnya memberi kelebihan jika lebih banyak kelong dapat dibangunkan untuk menjadi daya tarikan kaki pancing, khususnya dari luar negeri ini. "Kelong memancing kurang popular di negeri ini kerana hanya beberapa buah sahaja yang diusahakan oleh nelayan atau individu terutama di Serkam, Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang di Sungai Rambai. "Justeru, saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat kerajaan negeri tidak lama lagi bagi mendapat pandangan untuk membangunkan kelong sebagai aktiviti memancing. "Saya juga akan memikirkan bagaimana peruntukan dapat disalurkan kepada nelayan atau Persatuan Nelayan bagi membangunkan kelong yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat memasak dan jika boleh calet dibina di atas kelong,'' katanya. Beliau mengulas program Santai Memancing Media di Kelong Abu, Pantai Siring, Serkam dekat sini malam Sabtu lalu. Program yang disertai 20 wartawan dan jurugambar dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Joran Berita Harian, majalah Umpan, NST, RTM dan Harian Metro itu turut ditaja syarikat Mamee-Double Decker (M) Berhad. Hasan berkata, program tersebut dianjurkan bagi membawa pihak media melihat dari dekat aktiviti memancing di kelong yang mampu menjadi produk pelancongan menarik di negeri ini. "Saya melihat aktiviti memancing di kelong boleh menjadi produk pelancongan utama dan mendatangkan sumber pendapatan tambahan seperti mana dibangunkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor,'' katanya. Menurutnya, beliau yakin jika kelong serba moden dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tempat tidur, aktiviti tersebut mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya. "Aktiviti memancing semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai, khususnya apabila diadakan pertandingan memancing, ramai kaki pancing dari luar Melaka sanggup datang,'' ujarnya lagi. Sehubungan itu, Hasan berkeyakinan tinggi jika aktiviti memancing di kelong dapat diwujudkan lebih banyak lagi khususnya di Melaka Utara iaitu dari Kuala Linggi hingga ke Tanjong Bidara, sekali gus menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Masjid Tanah. Di samping itu, katanya, wujudnya kelong memancing secara tidak langsung boleh menjadi pos keselamatan pesisir pantai dan tempat persinggahan nelayan untuk berteduh jika dilanda ribut dan ombak kuat. Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa buah kelong yang didapati uzur di Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang akan dibaik pulih melalui peruntukan yang akan diusahakannya kelak. |
You are subscribed to email updates from Memancing di Negeri Sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Kelong <b>memancing</b> mampu jadi produk - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> - Memancing di Negeri Sembilan |
Kelong <b>memancing</b> mampu jadi produk - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> Posted: 13 May 2014 11:41 AM PDT
Mungkin ramai yang mengetahui apa itu kelong memancing. Pada hari ini aku nak mengajak anda semua memancing di kelong Pozi yang terletak di Muara Kuala Lukut Port Dickson Negeri Sembilan. Sebenarnya kelong Pozi ini sudah lebih sepuluh tahun di bina dan akhir-akhir ini barulah kelong ini agak popular. Sebenarnya kelong Pozi dahulu dikenali dengan nama kelong Koperasi kerana kelong ini milik Koperasi Pelancongan Pelanduk 2020. Oleh kerana kelong ini dikendalikan oleh Pozi maka kelong ini senang dikenali dengan nama Kelong Pozi.
Terletak di Muara Kuala Lukut dan bersebelahan dengan daerah Sepang dan Port Dickson. Lebih senang kalau aku katakan Kelong Pozi terletak 20 minit sahaja perjalanan dari KLIA. Bagi pemancing yang datang dari utara seperti Kuala Lumpur, petaling Jaya, Subang, Syah Alam dan Klang bolehlah pergi ke kelong Pozi melalui KLIA atau pekan Sepang kerana jarak perjalanan lebih dekat berbanding mengikut lebuhraya Seremban. Bagi pemancing yang datang dari arah selatan seperti Melaka dan Johor mestilah melalui Port Dickson terlebih dahulu.
Bagaimana nak pergi ke kelong Pozi? Anda hanya perlu menelefon Pozi melalui talian bernombor 019 3601221 dan membuat tempahan bila nak nak naik Kelong. Datang saja ke jeti anda akan di sambut oleh boatman yang akan membawa anda ke kelong. Pasal harga jangan risau di mana kebanyakan kelong memancing hanya mengenakan cas yang berpatutan melainkan kelong memancing bertaraf 5 bintang. Kalau anda masih ragu2 tentang kelong bolehlah menggunakan khidmat guide yang akan menguruskan trip memancing anda.
Apa kemudahan yang ada di Kelong Pozi? kalau anda berminat memancing semalaman, memang ada bilik yang disediakan. Bilik yang ala kadar dengan sebuah pangkin untuk melabuh badan yang kepenatan memancing. Selain itu, bagi yang ingin memasak sendiri boleh la membawa bekalan memasak sendiri kerana dapur juga disediakan. Kebanyakan pemancing memilih memasak di kedai sahaja kerana senang dan cepat. Order saja pada boatman nak makan apa, nanti dia akan hantar tanpa caj penghantaran. Selain dapat ada juga pangkin di luar bilik dan sebuah rumah rehat kecil untuk melepaskan hajat perut memulas.
Ikan apa yang ada di Kelong Pozi? berdasarkan pengalaman saya, terdapat pelbagai spisis ikan karang seperti jenahak, kerapu, bayan, baracuda dan juga GT. Selain itu ikan pari juga sekali sekala mampu menggongcang joran dan kederat anda. Bagaimana pun hasil memancing bukan sahaja berdasarkan nasib malah umpan dan teknik yang digunakan. kalau tak tahu anda boleh rujuk dalam blog2 dalam web. Umpan apa yang sesuai di kelong Pozi?
Umpan apa yang sesuai di Kelong Pozi? Bagi pemancing yang memburu ikan2 gred A bersaiz besar seperti jenahak, kerapu, pari dan GT sebaiknya menggunakan umpan anak ikan seperti tamban atau selar yang boleh di Apolo di kelong Pozi. Jangan lupa, apolo kertas warna putih bersaiz 4, 5 atau 6 sahaja yang sesuai di kelong Pozi. Selain umpan ikan hidup penggunaan umpan udang hidup dan pumpun sarang juga boleh digunakan. Peralatan apa yang perlu di bawa ke kelong Pozi? bagi pemancing biasa yang sekadar untuk bersantai hanya perlu bawa makanan , minuman dan juga makanan minuman ringan sebagai tambahan. Berbalik kepada pemancing yang tegar dan memburu ikan2 besar perlu membawa tangguk sotong, tangguk ikan dan juga hook bagi menghadapi kemungkinan yang tak diduga.
Memancing ni sekadar hobi yang menyeronokan. Selain itu memancing juga menguji kesabaran dan kreativiti seseorang. Jika percubaan kali pertama gagal, jangan lah kita cepat2 melabelkan sesuatu yang buruk tentang sesuatu lapangan memancing tersebut. Cuba dapatkan maklumat yang selengkap sebelum pergi memancing supaya peluang lebih luas untuk kita mendaratkan ikan.
| ||||||||||||||||||
<b><b>negeri sembilan</b></b></b></b></b> - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> Posted: 28 Apr 2014 12:00 AM PDT Ada dua perkara utama yang dititikberatkan oleh kaki pancing terutamanya mereka yang bergelar kaki pancing tegar iaitu alatan dan lubuk (lokasi pancing yang banyak ikan). Kadang-kadang tentang hasil pancing tidak dihiraukan sangat biar pulang dengan tangan kosong janji puas boleh baling umpan dan pergi ke lubuk baru. Bercerita mengenai lubuk, ia satu perkataan yang sensitif buat kaki pancing. Maklumlah lubuk dengan kaki pancing tidak dapat dipisahkan ibarat irama dengan lagu. Terdapat pelbagai tempat yang diklasifikasikan sebagai lubuk oleh kaki pancing tidak kira sama ada di laut, sungai, kolam, pantai, paya dan laut. Bermula dari utara tanah air hinggalah ke Sabah dan Sarawak, semuanya mempunyai lubuk pancing dan keistimewaan yang tersendiri. Kita bermula dari negeri yang paling utara iaitu Perlis, kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing ialah sepanjang Sungai Korok. Bagi mereka yang bergelar kaki pancing dan anak watan negeri tersebut pasti mempunyai pengalaman memancing di sungai tersebut yang mengandungi ikan jenis belida dan lampam. Selain daripada itu antara lubuk ikan air tawar di negeri tersebut ialah empangan Timah Tasoh yang menjanjikan ikan tilapia kepada mereka yang menunggu dengan penuh kesabaran. Seterusnya di persisiran pantai Kuala Perlis dan Sungai Baru, jika tiada aral melintang kaki pancing boleh menaikkan sembilang, gelama dan kerapu. Seterusnya lubuk di negeri Kedah, bagi memancing tegar pasti pernah memancing di luar Pulau Langkawi antara perairan negara yang mempunyai banyak lubuk ikan . Selain di sekitar tukun yang terdapat di tengah laut, kaki pancing boleh mengadu kehebatan di beberapa pulau kecil yang dikelaskan sebagai lubuk ikan . Antara spesies ikan yang bakal dinaikkan oleh kaki pancing ialah jenahak, belitung, kerapu, alu-alu dan kertang. Manakala di Kedah, antara lubuk yang popular tentunya di Terusan Wan Mat Saman, Sungai Muda, Tasik Pedu dan Empangan Tanjung Chali dan Sungai Alor Mengkudu. Jenis ikan yang terdapat di lubuk Jelapang Padi itu ialah jelawat, belida, lampam, toman, patin dan rohu. Joran kaki pancing pasti dilarikan spesies kerapu, jenahak, senangin, siakap merah, gerut-gerut, pari, gelama papan, manakala ikan pertengahan air termasuk tenggiri, alu-alu dan talang. Lubuk di Perak pula banyak tertumpu di persekitaran Empangan Temenggor, iaitu Tasik Temenggor, Tasik Chenderoh dan Tasik Kenering. Antara jenis ikan yang terdapat di situ ialah toman, temoleh, belida, kelah dan tilapia. Jika ingin memancing ikan air masin pula lubuk yang terkenal tentunya di Pulau Sembilan, Pulau Pangkor, Pulau Jarak dan di muka Kuala Lumut yang menjanjikan syurga ikan kepada kaki pancing terutama ikan jenis kerapu, tambak, talang, gerpoh, ebek, cencaru dan kerisi. Bagi warga kota pula yang merantau di Kuala Lumpur dan Selangor cukup sinonim dengan lubuk ikan di Pulau Angsa, Pulau Ketam, Pulau Indah, Pelabuhan Kelang dan Tanjung Harapan. Lubuk-lubuk ini terkenal dengan ikan pari, sembilang, jenahak, siakap merah, gelama, daun baru dan telinga gajah. Manakala di kawasan sungai pula ia agak kurang popular berikutan kolam ikan berbayar yang banyak dibuka tetapi anda boleh mencuba memancing di Sungai Bernam, Sungai Selangor dan sekitar kawasan Kuala Selangor. Jika anda ingin mencari lubuk udang galah bolehlah singgah di Sungai Timun, Rembau, Negeri Sembilan. Malah, negeri yang tersohor dengan adat perpatih itu juga terkenal dengan tempat memancing di sepanjang pantai Port Dickson dan perairan Selat Melaka dengan hasil jenahak, kerapu, gerut-gerut. Johor juga cukup terkenal dengan lubuk ikan laut seperti di Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pisang. Hasilnya ialah ikan berprofil tinggi seperti tenggiri, ebek, kerapu, aruan tasik, alu-alu dan pelbagai spesies ikan merah. Di kawasan Sungai Redan, Ulu Tiram pula, kaki pancing berpotensi untuk membawa naik pari, kerapu, siakap, senangin, tebal pipi dan jenahak. Ikan ini juga banyak terdapat di lubuk lain seperti di Perigi Aceh, Tanjung Sedeli dan Tebing Runtuh. Penggemar udang galah pula boleh menduga kepakaran mereka di Sungai Mawai manakala ikan sungai terbaik seperti kelah, kelisa, sebarau, kaloi, toman dan tapah boleh dipancing di sekitar Kuala Lemakoh dan Sungai Endau. Bila sebut tentang Pahang pasti para kaki pancing terbayang pekan Rompin yang terkenal dengan aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut. Kalau di laut ia terkenal dengan ikan layaran manakala kalau di sungai pula sudah tentu di Taman Negara, lubuk bagi ikan jenis kelah, patin, tapah, lampam dan sebarau. Tempat lain yang dianggap lubuk bagi kaki pancing ialah di Nenasi, Merchong, Hulu Rompin , Hulu Lemakoh, Lubuk Karang Do, Tasik Bera, Tasik Chini, Sungai Tembeling dan Sungai Pahang. Seterusnya di Terengganu, lubuk yang paling digemari tentunya di kawasan pulau yang indah dan air yang jernih seperti di luar Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Bidong, Pulau Merang, Pulau Yu, Pulau Tenggol. Ikan yang bakal tersangkut di mata kail kaki pancing di situ ialah ikan merah, gerpoh, alu-alu, mayong, belitung, kerapu merah, telinga gajah dan ibu kerisi. Spesies ikan air tawar pula tentunya di lubuk seperti Tasik Kenyir, Sungai Terengganu, Sungai Cacing, Sungai Mangkok dan Sungai Penarik. Tasik Kenyir terkenal dengan kelicikan toman bersama 39 spesies ikan yang lain manakala di kawasan lain pula ada juga terdapat jenis ikan kelah, baung, sebarau dan patin. Kaki pancing tegar pasti tidak ketinggalan untuk memancing di Kelantan berikutan beberapa tempat yang dianggap lubuk seperti di Tok Bali, Kuala Koh, Sungai Golok dan Sungai Kelantan dihuni ikan jenis kelah, kelisa, belida, lampam dan spesies ikan air tawar yang lain seperti keli serta haruan. Menjengah ke sebarang Laut China Selatan pula iaitu di Sarawak, kaki pancing akan dihidangkan dengan ratusan lubuk ikan seperti di Hulu Sungai Rajang, Mukah, Sungai Bedengan. Lokasi ini banyak dihuni gelama, siakap merah, gerut, belanak, sembilang dan sebagainya di hulu sungai ini terdapat juga udang galah yang bersaiz besar. Manakala di laut Mukah terdapat ikan jenis tenggiri batang, merah, cupak, bayan, landok, aruan tasik, kerapu sementara di kawasan muara Tebas pula terdapat ikan jenis pari, buntal, jenahak dan baung. Ikan jenis air tawar pula terdapat di Sungai Satok, Sungai Lundu, Sungai Sematan, Sungai Batang Ai, Sungai Miri dan Sungai Igan yang terkenal dengan ikan jenis talapia dan ikan gergasi empurau selain udang galah. Bagi kaki pancing laut dalam tentu lebih senang dengan lubuk Parlour atau Paloh yang kaya dengan ikan tenggiri, sementara itu di kawasan telaga minyak Bintulu dan Beting Lucornia pula terdapat ikan tuna sementara Tanjung Datuk terkenal dengan permainan ikan gerpoh atau GT. Sabah pula lebih terkenal dengan kaki pancing di laut terutamanya di kawasan Pulau Layang-Layang, Pulau Mengalum, Pulau Mantanani, Pulau Balambangan, Pulau Banggi yang meliputi kawasan Pantai Barat Sabah. Kawasan tersebut merupakan lubuk bagi ikan jenis aji-aji, kertang, kerapu, tenggiri dan ikan merah. Mungkin terdapat beberapa lubuk yang tidak dicatatkan tetapi semua kawasan lubuk di atas adalah menjadi pilihan utama kepada kaki pancing. |
You are subscribed to email updates from Memancing di Negeri Sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
<b><b><b>negeri sembilan</b></b></b> - <b> - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> - Memancing di Negeri Sembilan |
<b><b><b>negeri sembilan</b></b></b> - <b> - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> Posted: 19 Mar 2014 08:11 AM PDT Home � � di lukut, negeri sembilan - Pancing Negeri Sembilan - Memancing di Negeri Sembilan softthedown | 13:23 | 0 comments
Pancing Mania Blog:: |
You are subscribed to email updates from Memancing di Negeri Sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
<b><b><b>memancing di</b></b></b></b></b></b> - <b><b>Pancing</b> Melaka <b>...</b> - Memancing di Negeri Sembilan |
<b><b><b>memancing di</b></b></b></b></b></b> - <b><b>Pancing</b> Melaka <b>...</b> Posted: 29 Apr 2014 12:00 AM PDT
masa yang paling sesuai untuk memancing di sini ialah sewaktu air pasang penuh (sila lihat jadual air pasang surut sebelum datang ke sini) umpan untuk menjerat siakap ialah menggunakan udang hidup yang segar jika menggunakan koyan (gelendong) atau pancing rod.. jika anda gemar menggunakan pelampong saya syorkan anda menggunakan anak ikan belanak.. (cara memasang umpan anak belanak di gantung ekor dan udang pula saya lebih gemar cangkuk di ekor ada juga yang cangkuk di tengah badan tetapi AWAS sewaktu mencangkuk udang pastikan tidak terkene urat di belakang udang kerana jika terkena urat itu pasti udang akan mati.... jadi elakkan dari terkena urat yang berwarna hitan di belakang udang tersebut jika anda berminat untuk menjerat senagin atau kerapu saya syorkan anda menggunakan udang fresh yang bersaiz 1 mata kail.. port untuk menjinakan senangin ialah berdekatan dengan jeti memancing tanjung agas yang terletak di tebing sungai tersebut.. AWAS jika anda memancing di atas jeti memancing tersebut anda jangan baling tali anda ke hadapan jeti kerana di hadapan jeti itu ada batu karang yang besar pastinya tali anda akan putus.. baling menghala ke hulu sungai ( ke atas ) jika nasib menyebelahi anda pasti ada habuan yang merentap umpan anda.. (sediakan perambut.. mata kail.. batu ladung yang mencukupi jika hendak memancing di jeti tersebut) itu sedikit info untuk kaki pancing yang ingin mencuba nasib di atas jambatanTtanjung Agas port dickson- Kuala linggi Melaka.. selamat memancing.. good luck !!!! | ||||||||
<b><b>negeri sembilan</b></b></b></b></b> - <b>Pancing Negeri Sembilan</b> Posted: 04 May 2014 02:22 PM PDT Batu 4.5, Jalan Pantai Pantai Cahaya Negeri, terletak di Jalan Pantai Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai ini adalah selepas Bandar Tentera Darat, Port Dickson. Ataupun selepas Sirusa. Pantai ini adalah pantai yang banyak memberi kenangan dalam hidup saya. Pantai kelahiranku, Pantai Cintaku, Pantai hatiku....macam-macam ada. Kawasan ini mempunyai dua lokasi utama selain persisiran pantainya(seluas 4 hektar), Pulau Burung (seluas 2.5 hektar) dan Pantai Cahaya (seluas 1.8 hektar). Kawasan ini menjadi tarikan utama untuk berekreasi, bersantai dan memancing. Kawasan ini sangat sesuai untuk Aktiviti Hari Keluarga, memancing dan berfoto untuk perkahwinan. Pantai ini adalah pantai yang kerap dikunjungi saya semasa berada di Pee Dee. Entri kali ini adalah tentang Pantai Cahaya Negeri. Entri berikut baru diceritakan Pulau Burung. Kedua-dua tempat ini adalah terletak bersebelahan. Pohon Ru melambai-lambai kedatangan anda kalian Bersama Simanja Banana bot pun ada selain pantainya sesuai untuk bermandi manda Dedaun dan buah pokok ru Kawasan untuk bersantai Jambatan ke Pulau Burung Panorama Pulau Burung Di Kala Senja di Pantai hatiku Lorong-lorong di Pantai Cintaku Aktiviti Memancing nun jauh di sana Wakaf |
You are subscribed to email updates from Memancing di Negeri Sembilan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |